Wahai saudara- saudaraku,
Berimanlah kepada Allah dan berbanggalah dengan kepercayaan ini dan juga berpeganglah dan bersandarlah keatas nama keiman kepada Allah. maka janganlah kamu semua takut selain Allah, janganlah kamu bimbang selain kepada Allah, tunaikanlah kewajipan keatas Allah dan jauhilah laranganNya.
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia, dan berpegang dengannya sebaik-baiknya. Jadilah orang yang kuat dengan akhlak kamu semua dengan apa yang Allah telah berikan hadiah kepada kamu yang telah Allah berikan kepda orang-orang mukminin dan juga orng-orang yang bertakwa dan soleh.
Hendaklah kamu semua saling ajar- mengajar mengenai al quran dan juga sirah -sirah. dan juga saling kamu ingat -mengigati akannya. Jadilah kamu orang-orang yang beramal dan janganlah saling bergaduh. Jika Allah telah memberi hidayah kepada sesuatu kaum, Allah akan memberi ilham kepada kaum tersebut. Sekiranya kaum tersebut sesat setelah diberi petunjuk maka jadilah kaum yang suka bergaduh dan bertelingkah.
Dengarlah dan taatlah dengan ketua kamu dalam susah , senang , rajin dan benci. Dan itulah simbol pemikiran kamu dan lingkungan perhubungan diantara kamu.
Maka selepas ini dekatlah kemenagan Allah dan pertolongan Nya. Peluang ini tiada ragu lagi,(( dalam beberapa tahun lagi, bagi Allah urusan sebelum dan setelah mereka menang. dan pada hari kemenagan itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4) kerana pertolongan Allah . Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang.(5) )) {ar rum 4,5}
0 comments:
Catat Ulasan