BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 24 Januari 2012

2012 DAN POLITIK



Assalamualikum …
Mesti sahabat-sahabat pelik kenapa entri kali ini mengenai politik. Sememangnya kehidupan kita tidak terlepas dengan perkara-perkara sebegini. Kita tidak boleh berlepas tangan sahaja atau pun tidak mengambil cakna dalam isu ini. Rasulullah sendiri mengalakkan umatnya berpolitik. Tetapi ada caranya untuk kita berpolitik. Dan semestinya mengikut syarak yang telah ditetapkan oleh Allah. Isu sekrang yang sering diperkatakan ialah isu DSAI dan YB Datok Hasan Ali.

Jika dilihat dari kedua-dua peristiwa ini ia melahirkan satu kebimbangan dalam politik orang Melayu di mana menjaga kedudukan lebih penting dari dasar sebenar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan dibuat bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang dalam percaturan politik. Jika ini berterusan maka politik orang Melayu menjanjikan masa depan yang amat gelap. Tidak hairan setelah 54 tahun merdeka nasib bangsa Melayu masih di tahap lama dengan ekonomi, pelajaran, kekayaan dikuasai oleh bangsa lain. Malang pula bila rakyat Melayu lain hanya sekadar mengikut pimpinan bermain politik. Orang Melayu malas mahu mencari ilmu dan berfikir tetapi lebih kepada mengikut sentimen yang ada.
Dalam keadaan ini maka tidak sukar untuk membayangkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikkan.




Kelibat muslimat PAS dalam meraikan kemenangan DSAI juga telah menjadi buah mulut orang ramai. Gaya, suara dan kata-kata yang dilontarkan semasa Perhimpunan 901 dilihat amat tidak cocok dengan keperibadian wanita Islam. Ada yang mengatakan ia tidak syarie.
Namun bagi saya, saya masih melihat itu sesuatu yang dibuat tanpa dirancang dan tanpa disengajakan tetapi lebih kepada memperlihatkan akan kebencian yang amat sangat pengikut PAS terhadap kemungkaran yang dibuat oleh UMNO. Ertinya asalkan UMNO jatuh maka apa saja akan sanggup dilakukan. Saya berharap ia tidak sampai ke peringkat di mana umat Islam di negara ini sanggup membakar diri sendiri seperti mana yang berlaku pada kebangkitan di negara-negara Arab.
Umat Islam kena faham suasana negara tidak sama sesekali dengan tanah Arab. Umat Islam harus melihat krisis orang Melayu jauh lebih besar dari krisis politik tetapi meliputi soal-soal yang lebih fundamental seperti soal aqidah. Kajian telah dibuat di mana 70% dari pelajar sekolah menengah tidak menunaikan solat 5 waktu secara penuh.

- Adakah berbaloi kita berbalah ketika anak-anak kita masih mencari-cari jawapan terhadap persoalan hidup?

- Adakah sesuatu yang cerdik ketika kita berbalah, orang lain terus meneruskan misi mendapatkan tuntutan mereka dengan lebih berani dan agresif?

- Adakah sanggup diri kita dipermainkan bangsa lain yg bertopengkan Human Rights dan kesamarataan termasuk dalam soal-soal agama?

Orang Melayu harus benar-benar merenungi perkara ini supaya kita bertindak dan membuat keputusan bersandarkan hujah syarak dan kebenaran yang kuat bukan sekadar emosi dan kehendak orang lain. (keratan artikel ismaweb .net)

Oleh itu marilah kita sama-sama membuka mata dan mecelikkan minda kita apa yang berlaku hari ini. Malaysiaku syurgaku…….

Jumaat, 20 Januari 2012

TAHUN 2012 ...MASIH BELUM TERLAMBAT...


ASSALAMUALIKUM...
Alhamdulillah sudah masuk tahun baru dan pembaca Pk mudahan terus setia dengan n3 bolg ini. Ana harap tidak terlambat untuk ana menucapkkan selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca PK yang di kasihi..sudah lama ana tidak menulis dalam blog ini. lebih-lebih lagi musim peperiksaan yang menghangatkan musim sejuk di bumi mesir ini. Alhamdulillah ana sudah selesai peperiksaan semster ini. doakan semoga kami pelajar mesir terus berjaya dan membawa pulang ilmu yang mumtaz ke bumi tercinta..

Kita juga tidak terlambat untuk tajdid niat kita semula apa tujuan kita hidup didunia ini. Ramai yang gagal dalam memperjuang niat yang dia tanam dalam diri. Apa niat kita dalam pelajaran, untuk ambil peperiksaan. adakah semata-mata untuk mendapat mumtaz yang boleh kita bangga-banggakan,dan untuk kebanggaan ibu bapa sahaja??? sebenarnya ape tujuan hidup kita ini? kalau pelajar mesti nak capai kejayaan itu, klu sudah berkerja mesti untuk bantu keluarga.. kite mesti fikir sedalam- dalamnya ape sebenar-sebenar tujuan hidup kita di dunia ini.


Marilah kita sama- sama memulakan degan niat yang satu iaitu limardhotillah dan rahmat Nya. tidak terlambat untuk kita menukar niat kita melainkan apabila pintu taubat telah tertutup. ia akan sia-sia...