BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 24 Oktober 2011

Kisah Habil dan Qabil dalam Al quran


Kisah ini mungkin kita selalu dengar dan tahu sehingga kita merasakan jemu untuk kembali meneliti kisah ini. Akan tetapi tahukah kalian, kisah ini ada surat dan tersirat dalam al quran. Mari kita sama-sama melihat dan mengkaji kisah ini. Sehingga kita boleh menjadi iktibar dalam kehidupan kita. Ana telah berbincang dengan beberapa orang kawan mengenai kisah ini dalam buku qisasul quran yang ditulis oleh Amru Khalid pendakwah bebas mesir.
Sebelum itu, mari kita lihat dan cuba fahami kenapa kisah Habil dan Qabil ini dalam Al quran. Allah telah menceriakan kisah ini supaya kita semua yakni umat islam mengambil iktibar kerana kisah in bukan hanya berlaku di zaman nabi adam sahaja malah berterusan sehingga umat akhir zaman ini. Kisah ini juga mengajar kita kepentigan silaturrahim dan juga mengajar kita siapa diri ini.
Kepada para pembaca, ingatlah sebenarnya kita semua ada penyakit jiwa. Tahukah para pembaca PK (penyejuk kalbu) apa itu penyakit jiwa? Takbur, hasad, bakhil, tamak dan zalim itu semua ada dalam diri kita betul tak? Jadi wajib kepada kita untuk mengenali semua penyakit ini supaya kita dapat merawatnya.Dalam kisah ini terdapat beberapa watak penting yang akan kita sama-sama akan hayatinya iaitu Nabi Adam, Hawa, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Akan tetapi watak 2 orang anak lelaki ini mempunyai watak yang berbeza.
Kisah ini bermula, ketika Nabi Adam turun ke dunia. Disana Nabi Adam mula mencari makanan dan tempa tinggal. Sehinggalah baginda terjumpa kembali Hawa. Pada suatu hari baginda inginkan anak. Maka lahirlah anak2 yang comel. Bahagialah pasagan ini dengan Rahmat Allah yang mencurah-curah. Dua anak lelaki ini bernama Habil dan Qabil, mereka berdua mempunyai watak yang berlainan. Habil seorang anak yang soleh, pelembut dan pemalu. Berbeza pula dengan sifat Qabil. Disini timbul satu persoalan adakah sifat Qabil ini dijadikan semulajadi jahat? Sebenarnya sifat ini bukanlah sifat semulajadi malah itu pilihan sendiri. Cuba kita fikir kembali.
Setelah dewasa Habil dan Qabil mempunyai pekerjaan sendiri. Habil sebagai penternak dan Qabil sebagai petani. Habil amat berminat dengan segala benda dan sentiasa bersama ayahnya untuk mendpat ilmu. Manakala Qabil tidak berminat dan sentiasa bermain. Sehinggalah umur mereka meningkat dewasa untuk bernikah. Disini mereka diuji lagi, Qabil terlah dinikahi dengan adik Habil yang cantik manakala Habil dinikahi adik Qabil yang tidak kurang cantiknya. Akan tetapi Qabil merasai adiknya sangat cantik dan dia mula tamak.



Jadi disini kita dapat lihat sebagai manusia kita mesti ada sifat ingin berlumba dalam segala benda seperti Habil. Selain itu, kita mesti mencari kelebihan diri kita dan juga anak kita satu hari nanti. Sebagai ibu bapa hari ini atau yang akan datang, janganlah kita sentiasa memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala kehendak dan pemintaan mereka.
Kisah Habil dan Qabil ini besambung sehingga Allah inginkan qorban. Qorban Habil ialah kibas yang gemuk dan cantik. Manakala qorban Qabil ialah beras yang sudah busuk. Akhirnya qorban Habil yang diterima oleh Allah. Muncullah perasaan hasad dalam diri Qabil dan dia ingin membuat sesuatu pada diri Habil. Sifat manusia yang hasad ini tidak akan hilang sekiranya kita tidak mendidik hati ini. Sebab itulah Allah tidak menunjukkan buku amal kita sekarang. Sekiranya Allah menunjukan buku amal kita sekarang nascaya kita akan menjadi seorang yang hasad dan pendendam. Jadi kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita.



Sehinggalah kisah ini ditutupi dengan penutupan yang menyayat hati iaitu penbunuhan Habil ditangan Qabil. Dalam alquran telah menjelaskan secara terperinci mengenai H abil dan Qabil. Tapi ade satu persoalan yang Allah tidak menceritakan kepada kita , apa dia? Mesti pembaca nak tau kan. Soalan nya ialah Kenapa Allah tidak menceritakan perasaan Adam dan Hawa selepas kejadian itu berlaku? Pelikkan? Sebenarnya tiada pelik sebab ibu bapa mesti tidak mahu perkara ini terjadi dalam keluarga mereka. Allah ingin kita fikir sebagai seorang anak yang akan menjadi sebuah keluarga itu bahagia.
Rasullah telah bersabda ketika baginda israk mikraj, baginda telah melihat seorang lelaki disebelah kiri dan kanannya dua orang . bila orang itu melihat kanan orang tersebut ketawa manakala melihat sebelah kiri dia menangis. Itulah Nabi Adam yang sedang melihat Habil dan Qabil. Marilah kita lihat zaman sekarang, masih adakah qabil alaf baru, malah adakah yang lebih teruk lagi. Jadi mari kita sama-sama berfikir.