BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 23 Ogos 2011

RAMADHAN YANG PENUH BERMAKNA...

waktu malam di majid bilal

Alhamdullah.. bertemu lagi kite dalam bulan ramadhan yang barakah ini .. bagi ana ramadhan tahun ini sangat bermakna sebab apa, nanti ana bagi tahu.. macam-macam berlaku bulan ini yang pertama sekali ana telah pergi ke btn ke tanjung rhu ,sepang banyak kenangan manis berama pelajar yang akan ketimur tegah. Program pada bulan puasa ini banyak memberi kelebihan kepada kami kerana program tersebut memang santai dan tidak lasak. Rase kelakar pulak. Dan program tu memang memupukkan semangat cintakan tanah air supaya nanti kami bile kat luar negara akan kembali ke bumi tercinta dengan satu harapan yang boleh menjadi pemimpin yang berinspirasi tinggi.
hadiqah sebelah masjid bilal

Tapi ada berita yang lebih mengejutkan sewaktu ana di btn , ana dimaklumkan oleh kawan ana yang kita kan ke mesir lagi seminggu . masa tu ana terkejut sangat bermacm-macam perasan yang ada dalam hati ini , ada rasa gembira sedih pon ada. Jadi ana pon terus beritahu keluarga mengenai hal tersebut .
Selepas ke btn bermulalah persedian ke timur tengah. Macam- macam berlaku dalam masa semiggu.

akhirnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu.. kami bertolak dari rumah ke klia pukul 9 malam .. setbe disana ramai juga sahabt-sahabat ana yang sudah tunggu untuk berangkat bersama nanti ..penerbangan dari klia pukul 3 pagi .. kemudian kami taransit di kuwit... sampai sana pukul 6 pagi dan masuk kembali kedalam flight pukul 11 pagi .. alhamdulillah sahabat-sahabat ana waktu tu semua bermujahadah untuk berpuasa penuh hari tu masyaAllah..



perjalanan dari kuwit ke mesir mengambil mase selama 2jam..memang seronok .. alhamdulillah Allah banyak mempermudahkan urusan kami..
setibe di mesir kami disambut oleh akak mesir .. kami tinggal di hayyu a'syir..
selama empat hari disini macam-macam tempat yang ana telah pegi , ana pergi ke masjid bilal hadiqah athfal ,dan hadiqah dauliyh.. seronok sangat lebih-lebih lagi di majid bilal ramai org muslim yang beri'tikaf disini best sangat..
waktu siand di masjid bilal

kepada sahabat-sahabat ana yang akan berlepas ke bumi anbiya ni semoga berjaya.. leha, syue, ramizah, jannah, athirh, hafizah, hanisah, zahra zainurrasyid dan syazana.

Rabu, 3 Ogos 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ....


Alhamdulillah sudah tiba bulan yang ditungu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia. sempena bulan ramadhan ini penyejukkalbu telah pon bertukar wajah jadi apa trunggu lagi jom lah melayarinya.....Sempena bulan Ramadhan yang ditunggu- tunggu yang mana bulan memberi keberkatan, ketenagan, kemanisan dan ketaatan yang cukup mendalam bagi semua hati-hati yang menikmati bulan yang sungguh mulia ini. Indah bukan agama ini? agama yamg memberi kita pengisian yang akan membahagiakan di dunia dan akhirat. tapi yang paling best semua syaitan pada bulan ini semuanya di belenggu tetepi jangan pandang sebelah mata sahaja dalam stetment ini, sebab ada rakan kongsi syaitan iaitu nafsu tidak boleh dibelnggu melainkan orang yang telah membuat pesedian yang baik sebelum kedatangan ramadhan ini mampu membelengunya.

Sebelum bulan ramadhan ini tiba,ana telah membeli sebuah buku yang bertajuk 'beduk diketuk' oleh Pahrol Mohd Juoi. Buku ini banyak tajuk yang telah dibincangkan. Tetapi ada satu tajuk yang menarik yang ana ingin kongsikan kepada pembaca penyejukkalbu (pk), yang mana sesuai dalam situasi kita pada hari ini.

Hal Ini bermula ketika penulis berada di Jepun. seperti yang kita tahu negara Jepun merupakan negara yang kurang penduduk beragama islam. seorang penuntut warga jepun telah bertanya pada penulis mengapa umat islam membuang masa dengan mengerjakan solat? dan penulis telah menyoal semuala kepada penuntut melaysia untuk melihat repond pelajar-pelajar tersebut. pelbagai respond yang telah pelajar kemukakan , ada yang mengatakan mereka tidak pernah melihat orang bersolat 5 kali sehari kerana mereka hanya sembah tuhan mereka cuma sekali seminggu dan bermacam - macam lagi. tetapi sebenarnya warga jepun memntingkan masa sehingga meganggap bahawa solat itu membazir waktu.



Diskusi merka berlarutan sehingga seorang pelajar warga jepun berjurusan elektronik bertanya mengapa umat islam pelu solat lima hari sekali. penulis telah menerangkan bahawa alat ciptaan yang berteknologi tinggi ini perlu setip masa untuk kita dilihat dan memprogramkan semula supaya alat yang canggih ini dapat berjalan dengan lancar. begitu juga manusia tetepi manusia lebih complex. jadi perlu sentiasa dilihat dan membaiki diri sentiasa. itu lah kegunaan solat dalam kehidupan seharian umat islam.

begitulah puasa dalam kehidupan seharian manusia. puasa bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja malah dalam bulan lain juga Rasulullah juga mengajak umatnya berpuasa sunat supaya umatnya juga sentiasa membaiki dan muhasabah diri. indahkan agama islam. oleh itu SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK kepada seluruh umat islam di dunia ini.