BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 4 Julai 2012

SOLIDARITY FOR MUSLIM RONGHINYA

Alhamdulillah pada 1hb Julai adalah hari yang tidak dapat saya lupakan. Hari yang mana saya dan beberapa sahabat saya menghadiri perhimpunan aman di Abbas Akkad mengenai penindasan muslim Ronghinya,Burma.

berbaris smbil memegang poster
mendengar taklimat
Saya dan seorang sahabat sama-sama bersemangat memegang poster. Manakala sahabat yang lain menemu ramah  pegunjung dan sukarelawan disana.Sepanjang jalan di penuhi sukarelawan - sukarelawan yang bersemangat, berani dan  perihatin   memegang poster penindasan muslim ronghinya. Pelbagai lapisan umur tidak kira kecil sehingga dewasa berkobar-kobar menyatakan keperihatinan mereka terhadap saudara seislam mereka di Burma.

umur bukanlah penghalang
kecil-kecil cili padi
Pelbagai respon yang kami dapat ketika kami memegang poster ditepi jalan, ada  yang bertanya Burma dimana, ada yang mengangkat thumb up, ada yang berhenti dan melihat, ada yang marah mengatakan kami menyebabkan jalan ini sesak, dan ada yang terus memandu tanpa memberi respon. Segala respon mereka membuat saya terfikir di mana tempat kita, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang daie, sebagai seorang , sebagai seorang manusia yng beragama islam dan sebagai hamba Allah? 

sambil memegang poster

Umat islam jangan lupa bahawa 13 (6.5 juta) peratus daripada rakyat Burma adalah beragama islam( kajian dari institut kajian tengara (ISEAS) oleh Bruce Mathews, fello pelawat ISEAS ). Sebahagian besar mereka berbangsa Ronghinya, dan separuh dari pada mereka tidak diiktiraf sebagai rakyat myanmar akibat eraturan yang ketat supaya menyatakan bukti bahawa datuk nenek moyang mereka orang burma. Kebanyakan mereka telah kehilagan bukti tersebut menyebabkan mereka menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Lebih-lebih lagi kehidupan mereka yang serba daif dan kekurangan menambahkan lagi kesulitan hidup. 

ditemuramah oleh media isma


 Cuba kita lihat dan renung-renungkan, adakah  kita masih dalam keadaan leka dan lalai dengan kesenagan dunia yang tidak kekal? Dan adakah mata kita masih tertutup dengan order baru dunia yan jelas-jelas tidak adil dan kejam? RENUNG-RENUNGKANLAH.......