BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Mac 2011

Pilih aku untuk ikhlas..............


Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Itulah kata-kata yang jika kita menghayatinya mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita. Dimana kita? Adakah kita masih melihat kejahatan orang lain? Adakah telinga kita masih suka mendengar cerita-cerita buruk tentang orang lain dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? Jika semua ini masih wujud dalam diri , usahlah anggap diri kita sudah cukup melakukan kebaikan!

Jika kita melakukan kebikan sekalipun, usahlah merasa kita ini hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia hanya megundang riak. Jika ibadat kita melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat.

Bukan mudah untuk ikhlas. Makin dicari makin misteri. Lakukanlah semua perkara ikhlas kerana Allah ... itu dinamakan ikhlas..

Anda ikhlas? Tanyalah pada hati dan anda akan temui jawapannya...

Jumaat, 25 Mac 2011

MALU SEORANG WANITA



Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?
Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” -cdari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah.
Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.
“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)
Nabi bersabda lagi:
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR Bukhari dan Muslim)
Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)
Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.
Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gejala sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita (majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s. [Surah Al-Qasas: 22-28] yang antara petikannya:
“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25: al-Qasas)
Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak, busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya.
Malu wanita tidak menegahnya keluar untuk menuntut ilmu agama dan berdakwah
Ini yang dikatakan malu yang kena pada tempatnya. Malu seorang wanita tidak menghalang wanita tersebut agar mumtaz untuk ummah!
Malu yang menebal dalam diri tidak sampai kepada menjadikan seseorang wanita itu terperap di dalam rumah tanpa mengetahui keadaan dunia luar dan isu semasa atau lebih buruk lagi, menjadi bodoh dengan berada di rumah sahaja.
Buktinya?
Bukti pertama datang dari Ummul Mukiminin yang pertama, Siti Khadijah r.a. Khadijah seorang peniaga yang kaya-raya. Mana mungkin Saidatina Khadijah menjadi kaya tanpa beliau keluar untuk berdagang. Tetapi dengan diiringi perasaan malu untuk menjaga setiap tindak-tanduknya.
Bukti kedua adalah Saidatina Aishah r.a. Beliau adalah satu-satunya wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah saw. Terkenal dengan kecerdikannya sehinggakan ¼ daripada perundangan Islam dikeluarkan oleh beliau. Menjadi sumber rujukan sahabat ketika itu dan sehingga kini. Mana mungkin Saidatina Aishah r.a menjadi wanita yang sebegitu bijak tanpa beliau keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.
Kita lihat pula kesungguhan para wanita/sahabiah di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:
“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang-orang lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab: “Berhimpun pada hari sekian-sekian.” Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (HR Bukhari dan Muslim – sahih)
Dalam athar ada menyebut:
“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”
Wanita dengan diiringi perasaan malu yang selayaknya tidak menghalang diri mereka untuk menjadi cemerlang dalam ilmu. Wanita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki untuk berdakwah sepertimana disebutkan dalam firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang beriman lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”[At-Taubah: 71]
Beraninya Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rufaidah al-Aslamiyah merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ binti Abu Bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai adalah sebahagian daripada contoh sahabiah yang keluar berjihad di jalan Allah swt. Mana mungkin semua contoh ini dapat kita dengari andai kata mereka tidak meletakkan sifat malu itu pada tempatnya!
Sebagai penutup, untuk renungan bersama:
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak

Ahad, 13 Mac 2011

KISAH CINTA SEJATI ALI R.A & FATIMAH AZ-ZAHRA


Dipendamkan di hatinya yang tidak diceritakan pada sesiapa tentang perasaannya. Dia tertarik dengan seseorang gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah gadisnya, Fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.Dia mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha yang kuat dapat merealisasikan cintanya, itulah Saidina Ali Karamallah wajhah, sepupu baginda sendiri....



Sehinggalah beliau tersentap dengan perkhabaran bahawa sahabat karib Rasulullah S.A.W yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq melamar Fatimah..... “Allah menguji aku rupanya”, begitulah batin Saidina Ali. Beliau merasa diuji oleh Allah kerana merasakan siapalah dirinya jika dibanding dengan Abu Bakar...Kedudukan disisi nabi??? Abu bakar lebih utama, keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi......Lihatlah bagaimana pengorbanan Abu bakar menjadi teman Rasulullah dalam hijrah sedangkan Ali hanya ditugaskan untuk menggantikan nabi di ranjangnya.......Lihatlah dakwah yang dilakukan oleh Abu Bakar......Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar yang masuk islam hasil sentuhan Saidina Abu Bakar seperti Uthman, Abdur Rahman bin Auf, talhah bin zubair yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak yang kurang pergaulan seperti Saidina Ali...Lihatlah berapa ramai budak muslim yang dibebaskan dari perhambaan dan para faqir yang dibela oleh Abu Bakar seperti Bilal, Khabbab, Keluarga Yasir dan Abdullah bin Mas’ud dan siapa yang dibebaskan oleh Ali??Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar dan Ali hanyalah seorang yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa... Abu Bakar boleh membahagiakan Fatimah.....”Inilah persaudaraan dan cinta”kata Saidina Ali...”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, Aku mengutamakan kebahagian Fatimah atas cintaku” Namun, sinar masih ada buatnya.... Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi.... Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.....



Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Saidina Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah..... Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan......Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah..... Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata...... ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Saidina Umar juga ditolak...... Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya????



Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Ibnu Al-Khatab, dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid.... Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w..... Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib????”.......Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa???”



Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”..........Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa”.....Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”........Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Saidina Ali untuk melamar puteri Rasulullah S.A.W.......



Beberapa waktu kemudian Saidina Ali.... datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah..... Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu???” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”.......Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”.............“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad S.A.W.......Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:

“Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya........Rasulullah mendahului berkata:...... “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa......Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga........... Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat..... Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga..... hidup bersama seorang isteri...... Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasulullah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”



Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”.........“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.



Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa¬jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah S.AW..... mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”............“Ya Rasulullah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.



Mengenai Fatimah Az-zaharah....dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku??? Dan Siapakah pemuda itu????” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”...........



*********************

Inilah jalan cinta 2 insan yang agung yang memperjuangkan hidupnya hanya untuk Allah dan rasulnya....Begitulah cinta yang bersenikan diam....Mereka saling Cinta mencintai..tetapi memendam perasaan kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadanya... memang sukar menjadi mereka...tetapi untuk meneladani mereka adalah satu perkara yang perlu kita lakukan...memang keimanan kita tidak akan pernah sama dengan mereka akan tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencontohinya... semua ingin menjadi terbaik dan ingin lakukan yang terbaik dalam kehidupan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain....



Jika kita ingin berjaya, tiada jalan lain melainkan dengan cara hidup Rasulullah dan para sahabatnya...cara hidup yang melengkapi fitrah insaniah....itu jaminan Allah...kita diberi pilihan..akan tetapi ramai memilih cara lain....ramai manusia mengetahui tentang sirah junjungan tetapi mereka tidak yakin dan percaya..kita perlu tahu..”tahu” dan “percaya” merupakan 2 perkara yang berbeza....



Memang jalan ini akan menjadi perkara yang asing pada umat akhir zaman...terpulang kepada diri individu itu untuk memilih menjadi orang yang asing didunia dan terkenal diakhirat atau orang yang terkenal di dunia terasing diakhirat..Pilihlah dengan pandangan mata hati yang bersih bukan pandangan nafsu semata-mata..berdoalah agar kita dihindarkan dari tipu daya syaitan yang memutar belitkan sesuatu yang buruk menjadi baik dipandangan kita... Sentiasalah menghampirkan diri kita pada Allah agar kita diberi “keyakinan” dan “kepercayaan” untuk melakukannya.......



********************************



Wahai Lelaki......



Jadilah sejantan seperti Saidina Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan diredhoinya, yakni pernikahan, bukanya couple kerana couple itu banyak keburukannya berbanding kebaikan....sekiranya dirimu tidak mampu untuk memendam perasaan..luahkanlah dengan melamar gadis tersebut....bukan bercouple...

Cinta tidak pernah meminta untuk menanti tetapi ia mempersilakan atau mengambil kesempatan



Wahai Wanita......



Teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hati meruntun cintakan pemuda sehebat Saidina Ali...jangan kamu menjual peribadi dirimu hanya kerana kamu menjumpai lelaki yang kamu rasa memahami dirimu dan mencintaimu..



Wahai lelaki dan Wanita......



Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu...



lelaki dan wanita juga saling memerlukan..untuk dijadikan tempat luahan masalah dan sebagainya...pilihlah seseorang yang sesuai untuk luahan masalah yang dihadapi agar tidak terbit rasa cinta...jika terbit, maka diamkanlah rasa cinta dan sayang tersebut atau pilihlah jalan yang diredoi iaitu pernikahan.. agar kita tidak tertipu dengan syaitan untuk menjadikan cinta itu cinta bernafsu.....

Ketahuilah...kita diberi pilihan...ikutlah kata iman



“Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita, Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui”

Jumaat, 11 Mac 2011

HOBI BARU, RESIPI BARU

Apa khabar semua?
hari ini ana hendak berkongsi dengan anda semua resipi yang ana akan buat hari ini. biasalah selepas habis sekolah ni macam-macam aktiviti yang ana buat khususnya memasak. selama sebulan ana tidak dapat peluang berkerja, hanya memasak kerja ana ne. Lebih-lebih lagi semenjak ayah dan ibuku beli macam-macam rempah dan dapur baru,dan tidak dilupakan channel kegemarnaku juga(salah satu channel kegemaranku)asian food channel menambahkan lagi semagat ku untuk memasak.

Banyak juga masakanku yang tidak diluluskan oleh kedua-dua ibubapaku.huhu antaranya dumppling penyek... huhuhu sekarang hobiku tetap berkobar-kobar... hari ini ana nak masak ayam percik pula..selamat mencub


Ayam percik

Bahan-bahan ( 4 orang )
• 1 sekor ayam yang dipotong 4
• 1 1/2 cawan santan pekat
• 2 biji bawang putih
• 1 labu bwg besar
• 2 cm halia
• 2 batang serai
• 1 camca kecil ketumbar
• 1/2 camca kecil jintan putih
• 1/2 cawan tepung beras
• sedikit air asam jawa@asam keping
• cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
• garam dan gula secukup rasa
cara-cara
1.Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.

2.masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

3.angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.

4.bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.

5.hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2


kalau sahabat nak cuba jom la...

Rabu, 9 Mac 2011

kembali semula...

Assalamualikum ....
sudah lama ana tidak update blog ini. macam-macam yang berlaku sepanjang kehidupan ana. ana sudah sampai masanya untuk ana mulakan langkah untuk menjadi blogger yang sukses. sahabat-sahabat ana yang dekat luar bantu ana ye. bnyak benda yang ana tidak tahu dalam penghasilan blog ini.

ana juga akan cuba naikan lagi mutu penulisan ana dalam blog ini. kemungkinan blog ini akan menjadi tempat meluahkan perasaan macam dairi, dakwah, cerpen dan perkongsian. tak ketinggalan juga perkongsian dari resipi yang ada kat ana ini. mungkin tidak wajar ana mencampur-adukkan segala maklumat tp ana cuba untuk menjadikan blog ini mantap...aminnn

jadi bagi sesiapa yang tergerak ingin membantui ana dalam penghasilan blog ini , bolehlah memberi comment anda di blog ana atau menghantar emil kepada ana.. http://www.penyejuk_kalbu92@yahoo.com... syukran

Selasa, 11 Januari 2011

CINTA ISLAMIK??

Saya tersentak. Bagi saya cerita ini sangat menakutkan, sedih dan rasa macam nak menangis. Takut sangat jadi seperti Naim dan Nisa. Ya Allah... Jauhkanlah aku daripada ujian seperti ini.
************************************************************
Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah apatah lagi dengan thiqahnya yang tinggi. Apabila ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Al-Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.
Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawaduknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya, cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.
Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK Surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau,Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
Imannya bersuara.
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”
Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
Akal mula campur tangan.
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”
Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit, Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.
Imannya bersuara.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”
Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”
Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”
Dia memberi arahan kepada Nisa.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”
Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
“…ok…”
Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.
Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”
Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Thiqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.
Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”
Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.
Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa,“standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama. Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan,
“Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
“Takpe,kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas,
“bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas,
“mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?”
Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda ,lalu dia membalas, Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”
Thiqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.thiqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila. Betul Naim gila,gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul,
“kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun, pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.
Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Nisa.
Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!” Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am! Musuh Allah,musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,s ungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak thiqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya. Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa
Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

Isnin, 10 Januari 2011

“Tika pagi, sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran, dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding, dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul tiga pagi. Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Nasuha sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil, lagi kulihat Harir dengan bertelekung putih duduk bersila di tepi katil, keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur, mulutnya kumat-kamit, kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang Harir baca tu, sesekali agak keras suaranya, Subhanallah, Harir sedang berzikir dan istiqfar dengan tangisan mungkin kerana terkenangkan dosa-dosanya dan mengharapkan keampunan Allah…”

Satu persoalan : Apakah yang akan anda rasa ketika anda terjaga pada jam 3 pagi dan melihatkan suasana sebegitu ?

* Tidur balik
* Merasa pelik dan hanya terus melihat dengan penuh kehairanan
* Rasa bersemangat untuk sama-sama menghidupkan malam itu

Begitulah pentingnya biah(suasana) dalam mempengaruhi kehidupan seharian, tapi kadang-kadang perkara ini terlalu kita ambil mudah dan terus hanyut dalam suasana yang tidak membantu untuk menguatkan iman. Samada dua bagi orang yang tegas dalam hal ini, pertama dia akan wujudkan biah solehah di tempatnya, kalaupun tidak mampu dia akan pindah atau hijrah ke tempat yang ada biah solehah bersama-sama sahabat yang soleh.

................................................................................................................................................

Dunia islam kini membuktikan bahawa penganut-penganutnya yang berpecah-belah dan saling bertelingkah, semuanya kerana kefahaman yang berbeza terhadap agama ini dan wasilah pelaksanaannya, masing-masing asyik dengan agenda perjuangannya sendiri. Ada yang titik berat kepada da’wah pembinaan pemuda saja, yang lain memberantas kemungkaran. Ada yang memerangi bid’ah dan khurafat saja, yang lain sibuk dengan amal shalih dan wirid-wiridnya, dan seterusnya. Mereka seperti orang buta yang sedang mendeskripsikan gajah. Ada yang mengatakan gajah itu tinggi seperti pohon kelapa, sebab yang ia pegang adalah kakinya. Yang lain membantah, gajah itu seperti ular, sebab ia mememgang belalainya. Yang lain juga membantah, gajah itu seperti gentong besar, sebab ia memegang perutnya. Yang lain ikut membantah, gajah itu seperti kipas, tipis dan lebar, sebab ia memegang telinganya.

Dalam masalah ini menuntut kita supaya memahami islam secara menyeluruh dan bagaimana ingin berkomunikasi dengan orang atau kumpulan yang berbeza pendapat dan kefahaman dengan kita, secara mudahnya kita perlu mencari ilmu dan kefahaman, untuk mendapatkan kepentingan ini perlu wujud murabbi(pendidik) dan mutarabbi(orang yang didik), mutarabbi itu adalah diri kita, kita perlu memberi segalanya yang ada pada diri kita untuk mendapatkan kehafaman tersebut, disitu menuntut pada diri kita pengorbanan, ketaatan, disiplin dan kesungguhan.

Untuk memahami islam, tidak lain dan tidak bukan kita perlu memahami Al-Quran dan Hadis. Inilah manhaj dalam kehidupan kita dan inilah silibus utama yang akan digunakan oleh murabbi kita dalam mentarbiyyah diri kita.
Penulis tidak mahu menulis panjang-panjang agar pembaca selesa dan semangat untuk menghabiskan bacaan, secara mudahnya penulis simpulkan, untuk menjadikan diri kita seorang yang benar-benar memahami islam sekaligus mengamalkannya, kita perlu memastikan pada diri kita wujud 3 perkara asas ini walau dimana kita berada, adapun kita berpindah ke tempat lain ia akan terus berkesinambungan :

1. Ilmu dan kefahaman (ada murabbi dan mutarabbi)
2. Manhaj
3. Biah solehah

Wallahu’alam, semoga pembaca mendapat kefahamannya dan mencari untuk kehidupan pembaca.