Isnin, 21 November 2011
Untunglah jualan (kamu) wahai Abu Yahya... Untunglah jualan (kamu) [Muhammad Rasulullah s.a.w]
Shuhaib ar-Rumi mempunyai muka yang putih bersih dan berseri-seri. Rambutnya pula kemerah-merahan. Beliau juga sangat cergas. Kecerdikan dan kebijaksanaan terpancar daripada kedua matanya. Ayahnya adalah seorang Raja.
Pada suatu hari, Ummu Shuhaib bersama anak kecilnya ini pergi ke sebuah kampun bernama ats-Tsaniyyi, di Iraq. Mereka ke sana untuk berehat dan makan angin. Pemergian tersebut turut diiringi oleh para pengikut dan hamba mereka.
Tiba-tiba kampung itu diserang oleh satu pasukan tentera Rom. Mereka membunuh para pengawal, merampas harta dan menawan wanita dan kanak-kanak. Dan antara yang ditawan ialah Shuhaib.
Shuhaib dijual beberapa kali di pasar hamba di negara Rom. Tangan mereka yang memiliki beliau silih berganti. Beliau berkhidmat daripada satu tuan kepada tuan yang lain. Keadaan beliau samalah dengan nasib ribuan hamba lain yang memenuhi istana-istana Rom.
Keadaan itu memberi peluang kepada Shuhaib untuk menembusi ke dasar masyarakat Rom. Justeru itu, beliau dapat melihat dari dalam apa yang berlaku. Beliau melihat kejahatan dan kejelikan yang bersarang di istana-istana Rom dengan kedua matanya. Kedua telinganya pula mendengar sendiri tentang kezaliman dan dosa yang berleluasa di negara tersebut. Lantaran itu, beliau merasa benci dan memandang hina masyarakat ini.
Shuhaib telah membesar di negara Rom. Beliau menjalani kehidupan remajanya di tengah-tengah masyarakat di negara tersebut. Beliau juga telah melupai atau hampir melupai bahasa Arab. Sekalipun begitu, tidak pernah lenyap dalam kotak fikirannya bahawa beliau adalah berketurunan Arab yang menghuni padang pasir.
Keinginannya yang membuak-buak tidak pernah luntur walaupun sedetik untuk bebas daripada perhambaan dan kembali ke pangkuan kaumnya. Kerinduan untuk kembali ke tanah Arab semakin bertambah, apabila beliau mendengar seorang pendeta Nasrani berkata kepada salah seorang pemimpinnya:
"Sudah hampir masa seorang Nabi akan keluar dari Mekah di tanah Arab. Baginda akan membenarkan risalah 'Isa bin Maryam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan."
Pada suatu hari, Shuhaib telah mendapat peluang untuk melarikan diri daripada perhambaan. Beliau menuju ke Mekah yang menjadi ibu kota dan destinasi bangsa Arab mendapatkan perlindungan serta tempat pengutusan Nabi yang ditunggu-tunggu.
Di Mekah, Shuhaib mengikat janji setia dengan salah seorang pembesar Mekah yang bernama 'Abdullah bin Jud'an. Shuhaib juga mula menceburi bidang perniagaan. Hasilnya beliau mendapat kesenangan dan harta yang banyak.
Pada suatu hari, Shuhaib kembali ke Mekah dari perjalanan menguruskan perniagaannya. Tiba-tiba beliau diberitahu, Muhammad bin 'Abdullah telah diutuskan menjadi seorang Rasul. Baginda mengajak manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t. Baginda juga menggalakkan mereka supaya melakukan keadilan dan kebaikan, serta mencegah mereka daripada kejahatan dan kemungkaran.
Shuhaib bertanya: "Bukankah Muhammad diberi gelaran al-Amin ?."
Lelaki itu menjawab: "Ya"
Shuhaib bertanya lagi: "Dimanakah beliau ?." Beliau tidak sabar lagi untuk menemui Muhammad.
Lelaki itu menjawab: "Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di Shofa. Tetapi awas daripada ternampak oleh orang Quraisy. Jika mereka melihat kamu, mereka akan bertindak kasar. Mereka pasti melakukannya. Kamu seorang dagang dan tiada keluarga, sokongan atau kabilah untuk melindungi dan menolong kamu." Sambung lelaki itu memberi amaran.
Tanpa banyak bicara lagi Shuhaib bin Sinan ar-Rumi terus menuju ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam untuk menemui Rasulullah s.a.w. Beliau mendengar ajaran yang diperkatakan Baginda. Cahaya keimanan mula terpancar di dalam dada Shuhaib. Dengan penuh yakin, Shuhaib mengucapkan kalimah syahadah.
Sepanjang hari itu Shuhaib menghabiskan masa bersama Rasulullah s.a.w. Beliau khusyu' memperolehi hidayah serta gembira menikmati persahabatan bersama Baginda. Apabila malam menjelma dan segala pergerakan telah tenang, barulah beliau keluar meninggalkan Rasulullah s.a.w dengan berselindung di bawah kegelapan malam.
Shuhaib terpaksa menanggung siksaan yang dikenakan oleh kaum Quraisy. Beliau menerima seksaan yang amat dahsyat. Andainya siksaan itu dikenakan ke atas bukit sekalipun, nescaya ia akan meranapkannya. Namun beliau menjalani semua itu dengan hati penuh ketenangan dan kesabaran. Ini kerana beliau sedar, jalan syurga dihampari dengan perkara yang tidak disukai.
Nabi s.a.w membenarkan para sahabatnya berhijrah ke Madinah Shuhaib berazam untuk menemani Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar berhijrah. Namun orang Quraisy menyedari keazaman beliau, lantas mereka menghalangnya. Mereka melantik pemerhati untuk mengawasi gerak-geri Shuhaib agar beliau tidak terlepas daripada genggaman mereka dengan membawa hasil perniagaannya yang berupa emas da perak.
Setelah Rasul dan sahabatnya, Abu Bakr berhijrah, Shuhaib sentiasa mengintai-intai peluang untuk keluar menyertai mereka berdua. Tetapi beliau tidak berjaya. Pada satu malam yang sejuk, Shuhaib sengaja kerap kali ke tandas. Seolah-olah beliau membuang air besar. Setiap kali keluar dari tandas, beliau akan bergegas memasukinya semula.
Sehingga sebahagian pengintip berkata kepada rakannya: "Kamu berehatlah, usah bimbang sesungguhnya al-Lata dan al-'Uzza telah menyibukkan si Shuhaib dengan karenah perutnya." Merekapun membaringkan diri lalu tidur. Melihatkan keadaan demikian, Shuhaib dengan senyap-senyap segera melarikan diri menuju ke Madinah.
Tidak beberapa lama kemudian, para pengintip mula menyedari kehilangannya. Mereka segera bangkit dari tidur dan memecut kuda-kuda tunggangan mereka. Mereka memacu dengan laju sehinggalah berjaya menemui Shuhaib.
Apabila Shuhaib merasai kedatangan mereka, beliau berdiri di satu tempat yang tinggi sambil mengeluarkan anak panah dari bekasnya. Beliau menarik tali panahnya seraya mengancam: "Wahai sekalian Quraisy, demi Allah kamu telah tahu, aku adalah di antara orang yang paling pandai memanah dan paling tepat panahannya..
Demi Allah, kamu tidak akan sampai kepadaku sehinggalah kesemua anak panah ini habis. Setiap batang anak panah ini pasti membunuh seorang daripada kamu. Setelah itu aku akan memerangi kamu dengan pedang yang ada di tanganku ini". Wajah Shuhaib serius menggambarkan kesungguhan ancamannya.
Namun salah seorang daripada mereka yang memburunya berkata: "Demi Allah, kami tidak akan membenarkan kamu menewaskan kami dengan membawa diri dan harta kamu. Kamu telah datang ke Mekah dalam keadaan lemah dan fakir, kemudian kamu memperolehi kekayaan dan semua yang kamu kecapi ini."
Suhaib berkata kembali: "Jika aku meninggalkan hartaku kepada kamu, adakah kamu akan melepaskanku ?."
"Ya." Jawab mereka. Mendengar persetujuan itu, Shuhaib pun menceritakan tempat letak harta di dalam rumah beliau di Mekah. Mereka segera pergi ke rumahnya dan mengambil harta tersebut.
Shuhaib pun terus bergegas dan mempercepatkan langkahnya menuju ke Madinah. Beliau lari membawa agamanya demi kerana Allah s.w.t Beliau tidak menyesal sedikitpun di atas kehilangan harta yang diusahakan sepanjang hidupnya itu.
Apabila sampai di Quba’, Nabi s.a.w ternampak beliau dalam perjalanan. Baginda begitu gembira dan mengalu-alukannya. Baginda bersabda: “Untunglah jualan, wahai Abu Yahya. Untunglah jualan. “. Baginda mengulangnya sebanyak tiga kali.
Kegembiraan terpancar di wajah Shuhaib. Beliau tidak menyangka kejadian yang menimpanya telah diketahui Rasulullah. Beliau berkata: “Demi Allah !. Tiada seorang yang mendahuluiku menemui tuan, wahai Rasulullah. Tiada siapa yang memberitahu tuan mengenainya melainkan Jibril.”
Posted by afifah hanani at 1:32 PG 3 comments
Isnin, 24 Oktober 2011
Kisah Habil dan Qabil dalam Al quran
Kisah ini mungkin kita selalu dengar dan tahu sehingga kita merasakan jemu untuk kembali meneliti kisah ini. Akan tetapi tahukah kalian, kisah ini ada surat dan tersirat dalam al quran. Mari kita sama-sama melihat dan mengkaji kisah ini. Sehingga kita boleh menjadi iktibar dalam kehidupan kita. Ana telah berbincang dengan beberapa orang kawan mengenai kisah ini dalam buku qisasul quran yang ditulis oleh Amru Khalid pendakwah bebas mesir.
Sebelum itu, mari kita lihat dan cuba fahami kenapa kisah Habil dan Qabil ini dalam Al quran. Allah telah menceriakan kisah ini supaya kita semua yakni umat islam mengambil iktibar kerana kisah in bukan hanya berlaku di zaman nabi adam sahaja malah berterusan sehingga umat akhir zaman ini. Kisah ini juga mengajar kita kepentigan silaturrahim dan juga mengajar kita siapa diri ini.
Kepada para pembaca, ingatlah sebenarnya kita semua ada penyakit jiwa. Tahukah para pembaca PK (penyejuk kalbu) apa itu penyakit jiwa? Takbur, hasad, bakhil, tamak dan zalim itu semua ada dalam diri kita betul tak? Jadi wajib kepada kita untuk mengenali semua penyakit ini supaya kita dapat merawatnya.Dalam kisah ini terdapat beberapa watak penting yang akan kita sama-sama akan hayatinya iaitu Nabi Adam, Hawa, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Akan tetapi watak 2 orang anak lelaki ini mempunyai watak yang berbeza.
Kisah ini bermula, ketika Nabi Adam turun ke dunia. Disana Nabi Adam mula mencari makanan dan tempa tinggal. Sehinggalah baginda terjumpa kembali Hawa. Pada suatu hari baginda inginkan anak. Maka lahirlah anak2 yang comel. Bahagialah pasagan ini dengan Rahmat Allah yang mencurah-curah. Dua anak lelaki ini bernama Habil dan Qabil, mereka berdua mempunyai watak yang berlainan. Habil seorang anak yang soleh, pelembut dan pemalu. Berbeza pula dengan sifat Qabil. Disini timbul satu persoalan adakah sifat Qabil ini dijadikan semulajadi jahat? Sebenarnya sifat ini bukanlah sifat semulajadi malah itu pilihan sendiri. Cuba kita fikir kembali.
Setelah dewasa Habil dan Qabil mempunyai pekerjaan sendiri. Habil sebagai penternak dan Qabil sebagai petani. Habil amat berminat dengan segala benda dan sentiasa bersama ayahnya untuk mendpat ilmu. Manakala Qabil tidak berminat dan sentiasa bermain. Sehinggalah umur mereka meningkat dewasa untuk bernikah. Disini mereka diuji lagi, Qabil terlah dinikahi dengan adik Habil yang cantik manakala Habil dinikahi adik Qabil yang tidak kurang cantiknya. Akan tetapi Qabil merasai adiknya sangat cantik dan dia mula tamak.
Jadi disini kita dapat lihat sebagai manusia kita mesti ada sifat ingin berlumba dalam segala benda seperti Habil. Selain itu, kita mesti mencari kelebihan diri kita dan juga anak kita satu hari nanti. Sebagai ibu bapa hari ini atau yang akan datang, janganlah kita sentiasa memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala kehendak dan pemintaan mereka.
Kisah Habil dan Qabil ini besambung sehingga Allah inginkan qorban. Qorban Habil ialah kibas yang gemuk dan cantik. Manakala qorban Qabil ialah beras yang sudah busuk. Akhirnya qorban Habil yang diterima oleh Allah. Muncullah perasaan hasad dalam diri Qabil dan dia ingin membuat sesuatu pada diri Habil. Sifat manusia yang hasad ini tidak akan hilang sekiranya kita tidak mendidik hati ini. Sebab itulah Allah tidak menunjukkan buku amal kita sekarang. Sekiranya Allah menunjukan buku amal kita sekarang nascaya kita akan menjadi seorang yang hasad dan pendendam. Jadi kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita.
Sehinggalah kisah ini ditutupi dengan penutupan yang menyayat hati iaitu penbunuhan Habil ditangan Qabil. Dalam alquran telah menjelaskan secara terperinci mengenai H abil dan Qabil. Tapi ade satu persoalan yang Allah tidak menceritakan kepada kita , apa dia? Mesti pembaca nak tau kan. Soalan nya ialah Kenapa Allah tidak menceritakan perasaan Adam dan Hawa selepas kejadian itu berlaku? Pelikkan? Sebenarnya tiada pelik sebab ibu bapa mesti tidak mahu perkara ini terjadi dalam keluarga mereka. Allah ingin kita fikir sebagai seorang anak yang akan menjadi sebuah keluarga itu bahagia.
Rasullah telah bersabda ketika baginda israk mikraj, baginda telah melihat seorang lelaki disebelah kiri dan kanannya dua orang . bila orang itu melihat kanan orang tersebut ketawa manakala melihat sebelah kiri dia menangis. Itulah Nabi Adam yang sedang melihat Habil dan Qabil. Marilah kita lihat zaman sekarang, masih adakah qabil alaf baru, malah adakah yang lebih teruk lagi. Jadi mari kita sama-sama berfikir.
Posted by afifah hanani at 8:28 PTG 0 comments
Khamis, 22 September 2011
kehidupan....
Kata musibah seringkali diulang dalam Al Qur’an untuk makna peristiwa atau bencana yang menimpa. Dan Allah tegaskan bahwa itu terjadi karena izin-Nya. Ini menunjukkan bahwa di atas segala kekuatan ada kekuatan Allah. Bahwa manusia di alam ini hanya makhluk yang lemah, maka tidak pantas merasa diri berkuasa. Lalu bertindak seenak nafsunya. Tanpa memperhatikan rambu-rambu yang Allah turunkan. Lebih jauh, setiap musibah yang menimpa juga memperlihatkan bahwa alam ini di bawah kendali Allah. Sebab Dialah memang Pemiliknya. Maka tidak pantas manusia di muka bumi ini mengabaikan-Nya.
Namun kenyataan sejarah selalu dipenuhi contoh-contoh manusia yang membangkang. Manusia yang berani melawan Allah. Manusia yang merasa tidak butuh kepada tuntunan-Nya. Sehingga wahyu yang Allah turunkan dianggap tidak penting. Bahkan tidak sedikit manusia yang meragukan Al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya. Akibatnya berbagai perilaku manusia semakin jauh dari apa yang Allah inginkan. Perzinaan di mana-mana dianggap biasa, padahal Allah melarangnya. Harta haram dibanggakan, padahal itu harta yang paling Allah benci. Kedzaliman di mana-mana terjadi, padahal Allah mengharamkan atas diri-Nya kedzaliman dan lain sebaginya.
Ini semua tentu dimurkai oleh Allah. Dan dalam Al-Qur’an, misalnya surah Al-Fajr, Allah menjelaskan bahwa turunnya adzab sebenarnya bukan semata fenomena alam – seperti yang banyak dipahami manusia modern – melainkan ada sebab yang diperbuat oleh manusia sendiri. Itulah kisah adzab yang menimpa kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Fir’un.
Dari sini kita belajar bahwa bencana tetap di luar kemampuan manusia, karena Allah langsung yang mengendalikannya. Dan manusia tidak punya pilihan –apapun upaya yang dilakukan – kecuali hanya tunduk dan patuh kapada Allah sepenuh hati dan semaksimal kemampuan. Jangan ulangi kembali dosa-dosa yang membuat Allah murka. Jauhi segala apa yang Allah haramkan. Ingat Allah mempunyai tujuan dan aturan. Maka sebagai makhluk, manusia harus tahu diri. Jangan menganggap dirinya sama dengan Allah. Lalu merasa independen dan menganggap dirinya bisa bertahan hidup tanpa Allah. Segeralah bertaubat, selamatkan kemanusiaan. Hindari mengagungkan kepentingan peribadi di atas kepentingan umum. Karena seringkalai kedzaliman terjadi karena nafsu mendahulukan kepentingan pribadi. Ingat bahwa semakin banyak kedzaliman pasti akan semakin banyak kerusakan di muka bumi. Dan semakin banyak kerusakan, kemaksiatan dan dosa-dosa pasti akan semakin mempercepat turunnya azab Allah swt.
Renungkan ayat berikut (dalam surah Al-Fajr 6-13) Allah menegaskan setelah menyebutkan tiga contoh kaum yang pernah maju dari segi peradaban dunia yaitu: kaum Aad, Tsamud dan Fir’un: Allah berfirman: “Alladziina thagahaw fil bilaad, faaktsaruu fiihal fasaad, fashaabba alaihim rabbuka sawtha adzaab (mereka telah berbuat kerusakan di negeri mereka, maka menyebarlah kerusakan di negeri tersebut, lalu Allah timpakan adzab yang pedih atas mereka).”
Memang tidak semua musibah minimpa orang-orang yang bejat. Ada juga contoh-contoh orang baik yang mendapatkan musibah. Berdasarkan ini tidak semua musibah yang menimpa harus kita pahami sebagai adzab. Setidaknya ada tiga makna di balik setiap musibah yang menimpa manusia: Pertama, bila itu menimpa sekelompok manusia yang semuanya kafir itu adalah adzab, seperti yang Allah timpakan atas kaum Adz, Tsamud dan Fir’un. Kedua, bila ia menimpa sekelompok manusia yang beriman, sebagiannya patuh sementara sebagian yang lain pendosa, itu adalah peringatan, agar tida dilanjutkan dosa-dosa tersebut. Ketiga, bila itu menimpa sekelompok kaum yang shaleh, itu ujian, untuk mencuci dosa-dosanya serta menaikkan derajatnya di dunia dan di surga. Karenanya Allah berfirman: “Wabasysyirish shaabiriin (dan berilah kabar gembira bagi mereka yang sabar).” Maksudnya bahwa sayarat untuk lolos dari setiap musibah adalah sabar: sabar mentaati Allah, sabar menjauhi kemaksiatan dan sabar menjalani ujian-Nya.
Semoga segala musibah yang menimpa kita semakin menguatkan hakikat kesabaran dalam jiwa. Dan membuat kita semakin dekat kepada Allah secara jujur kapan pun dan di mana pun kita berada, bukan sekedar ingat secara basa-basi di saat musibah menimpa. Ingat, Allah selalu melihat hakikat keimanan kita: “Innarabbaka labil mirshaad.” Wallahu a’lam bishshawab.
Posted by afifah hanani at 3:33 PTG 0 comments
Ahad, 4 September 2011
AIDILFITRI..KEMENANGAN...FITRAH..
waktu ni penulis solat hari raya di suk sayyarat(pasar kereta) ikhwanul muslimin
ASSALAMUALIKUM .. salam lebaran buat pembaca pk yang selama ini terus setia dalam blog ini. alhamdulillah alhamdulillah bersyukur terhadap Allah dengan lipah rahmat Nya kita masih lagi dapat hidup untuk meneruskan kehidupan kita. ramadhan sudah pun berlalu menutup tirainya, dan membukannya pada tahun hadapan InsyaAllah.
penulis mengikuti program rumah terbuka anjuran isma..dikhairuzzaman
penantian sungguh menyeksakan , penantian raya sungguh mrnderita, itu perasaan yang sering berbolak-balik di dalam hati ini. Hal ini bukanlah satu yang pelik ataupun kelakar kerana di malaysia, hari pertama ramadhan sudah ada iklan raya... jadi raya amat-amatlah penting bukan??? tp yg pelik adalah sikap manusia itu sendiri..
penulis ke mall di rab'ah..
selepas mendengar khutbah raya..
Tetapi …
Adakah kita sedar bahawa aidilfitri memberi 1001 yang sangat bermakna dalam diri setiap umat islam. Aidilfitri adalah bulan kemenangan. Aidilfitri juga adalah bulan kembalinya manusia kepada fitrah. Kemenanagna apa? Fitrah itu apa? Pentingkah raya ini dalam islam?” Puasa pun entah di terima atau tidak nak beraya lah pula”
Banyak persoalan dan pandanagan yang berbeda… sebenarnya sambutan kemenangan diwaktu aidilfitri ini ialah kemenangan umat islam melawan nafsu yang sentiasa menghantui , mengoda , dan membisik-bisik dihati kita setiap hari khususnya bulan ramadhan. Geramkan?? Tetapi itulah cara kita untuk mendapat balasan dan ganjaran daripada Allah. Sekaligus mendapat rahmat dari ALLAH SWT..
mmm…. Fitrah… apa itu fitrah? Semula jadi suci dan bersih. Ya itulah maksud fitrah. Seorang insan yang dulunya putih bersih seprti kain putih itulah fitrah kita. Coraknya, kitalah yang menentukannya .mudah mudahan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini akan membantu kita di padang mahsyar itu nanti.. Ameennn
Walaupun belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahr dan batin. Semoga aidilfitri tahun ini akan memberi 1001 pengertian buat kita.. dan tidak dilupakan juga selamat enymbut hari merdeka... insyaAllah merdeka akan disusuli n3 lain.. wassalam
ASSALAMUALIKUM .. salam lebaran buat pembaca pk yang selama ini terus setia dalam blog ini. alhamdulillah alhamdulillah bersyukur terhadap Allah dengan lipah rahmat Nya kita masih lagi dapat hidup untuk meneruskan kehidupan kita. ramadhan sudah pun berlalu menutup tirainya, dan membukannya pada tahun hadapan InsyaAllah.
penulis mengikuti program rumah terbuka anjuran isma..dikhairuzzaman
penantian sungguh menyeksakan , penantian raya sungguh mrnderita, itu perasaan yang sering berbolak-balik di dalam hati ini. Hal ini bukanlah satu yang pelik ataupun kelakar kerana di malaysia, hari pertama ramadhan sudah ada iklan raya... jadi raya amat-amatlah penting bukan??? tp yg pelik adalah sikap manusia itu sendiri..
penulis ke mall di rab'ah..
selepas mendengar khutbah raya..
Tetapi …
Adakah kita sedar bahawa aidilfitri memberi 1001 yang sangat bermakna dalam diri setiap umat islam. Aidilfitri adalah bulan kemenangan. Aidilfitri juga adalah bulan kembalinya manusia kepada fitrah. Kemenanagna apa? Fitrah itu apa? Pentingkah raya ini dalam islam?” Puasa pun entah di terima atau tidak nak beraya lah pula”
Banyak persoalan dan pandanagan yang berbeda… sebenarnya sambutan kemenangan diwaktu aidilfitri ini ialah kemenangan umat islam melawan nafsu yang sentiasa menghantui , mengoda , dan membisik-bisik dihati kita setiap hari khususnya bulan ramadhan. Geramkan?? Tetapi itulah cara kita untuk mendapat balasan dan ganjaran daripada Allah. Sekaligus mendapat rahmat dari ALLAH SWT..
mmm…. Fitrah… apa itu fitrah? Semula jadi suci dan bersih. Ya itulah maksud fitrah. Seorang insan yang dulunya putih bersih seprti kain putih itulah fitrah kita. Coraknya, kitalah yang menentukannya .mudah mudahan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini akan membantu kita di padang mahsyar itu nanti.. Ameennn
Walaupun belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahr dan batin. Semoga aidilfitri tahun ini akan memberi 1001 pengertian buat kita.. dan tidak dilupakan juga selamat enymbut hari merdeka... insyaAllah merdeka akan disusuli n3 lain.. wassalam
Posted by afifah hanani at 1:31 PTG 0 comments
Selasa, 23 Ogos 2011
RAMADHAN YANG PENUH BERMAKNA...
waktu malam di majid bilal
Alhamdullah.. bertemu lagi kite dalam bulan ramadhan yang barakah ini .. bagi ana ramadhan tahun ini sangat bermakna sebab apa, nanti ana bagi tahu.. macam-macam berlaku bulan ini yang pertama sekali ana telah pergi ke btn ke tanjung rhu ,sepang banyak kenangan manis berama pelajar yang akan ketimur tegah. Program pada bulan puasa ini banyak memberi kelebihan kepada kami kerana program tersebut memang santai dan tidak lasak. Rase kelakar pulak. Dan program tu memang memupukkan semangat cintakan tanah air supaya nanti kami bile kat luar negara akan kembali ke bumi tercinta dengan satu harapan yang boleh menjadi pemimpin yang berinspirasi tinggi.
hadiqah sebelah masjid bilal
Tapi ada berita yang lebih mengejutkan sewaktu ana di btn , ana dimaklumkan oleh kawan ana yang kita kan ke mesir lagi seminggu . masa tu ana terkejut sangat bermacm-macam perasan yang ada dalam hati ini , ada rasa gembira sedih pon ada. Jadi ana pon terus beritahu keluarga mengenai hal tersebut .
Selepas ke btn bermulalah persedian ke timur tengah. Macam- macam berlaku dalam masa semiggu.
akhirnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu.. kami bertolak dari rumah ke klia pukul 9 malam .. setbe disana ramai juga sahabt-sahabat ana yang sudah tunggu untuk berangkat bersama nanti ..penerbangan dari klia pukul 3 pagi .. kemudian kami taransit di kuwit... sampai sana pukul 6 pagi dan masuk kembali kedalam flight pukul 11 pagi .. alhamdulillah sahabat-sahabat ana waktu tu semua bermujahadah untuk berpuasa penuh hari tu masyaAllah..
perjalanan dari kuwit ke mesir mengambil mase selama 2jam..memang seronok .. alhamdulillah Allah banyak mempermudahkan urusan kami..
setibe di mesir kami disambut oleh akak mesir .. kami tinggal di hayyu a'syir..
selama empat hari disini macam-macam tempat yang ana telah pegi , ana pergi ke masjid bilal hadiqah athfal ,dan hadiqah dauliyh.. seronok sangat lebih-lebih lagi di majid bilal ramai org muslim yang beri'tikaf disini best sangat..
waktu siand di masjid bilal
kepada sahabat-sahabat ana yang akan berlepas ke bumi anbiya ni semoga berjaya.. leha, syue, ramizah, jannah, athirh, hafizah, hanisah, zahra zainurrasyid dan syazana.
Alhamdullah.. bertemu lagi kite dalam bulan ramadhan yang barakah ini .. bagi ana ramadhan tahun ini sangat bermakna sebab apa, nanti ana bagi tahu.. macam-macam berlaku bulan ini yang pertama sekali ana telah pergi ke btn ke tanjung rhu ,sepang banyak kenangan manis berama pelajar yang akan ketimur tegah. Program pada bulan puasa ini banyak memberi kelebihan kepada kami kerana program tersebut memang santai dan tidak lasak. Rase kelakar pulak. Dan program tu memang memupukkan semangat cintakan tanah air supaya nanti kami bile kat luar negara akan kembali ke bumi tercinta dengan satu harapan yang boleh menjadi pemimpin yang berinspirasi tinggi.
hadiqah sebelah masjid bilal
Tapi ada berita yang lebih mengejutkan sewaktu ana di btn , ana dimaklumkan oleh kawan ana yang kita kan ke mesir lagi seminggu . masa tu ana terkejut sangat bermacm-macam perasan yang ada dalam hati ini , ada rasa gembira sedih pon ada. Jadi ana pon terus beritahu keluarga mengenai hal tersebut .
Selepas ke btn bermulalah persedian ke timur tengah. Macam- macam berlaku dalam masa semiggu.
akhirnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu.. kami bertolak dari rumah ke klia pukul 9 malam .. setbe disana ramai juga sahabt-sahabat ana yang sudah tunggu untuk berangkat bersama nanti ..penerbangan dari klia pukul 3 pagi .. kemudian kami taransit di kuwit... sampai sana pukul 6 pagi dan masuk kembali kedalam flight pukul 11 pagi .. alhamdulillah sahabat-sahabat ana waktu tu semua bermujahadah untuk berpuasa penuh hari tu masyaAllah..
perjalanan dari kuwit ke mesir mengambil mase selama 2jam..memang seronok .. alhamdulillah Allah banyak mempermudahkan urusan kami..
setibe di mesir kami disambut oleh akak mesir .. kami tinggal di hayyu a'syir..
selama empat hari disini macam-macam tempat yang ana telah pegi , ana pergi ke masjid bilal hadiqah athfal ,dan hadiqah dauliyh.. seronok sangat lebih-lebih lagi di majid bilal ramai org muslim yang beri'tikaf disini best sangat..
waktu siand di masjid bilal
kepada sahabat-sahabat ana yang akan berlepas ke bumi anbiya ni semoga berjaya.. leha, syue, ramizah, jannah, athirh, hafizah, hanisah, zahra zainurrasyid dan syazana.
Posted by afifah hanani at 4:55 PTG 1 comments
Rabu, 3 Ogos 2011
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ....
Alhamdulillah sudah tiba bulan yang ditungu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia. sempena bulan ramadhan ini penyejukkalbu telah pon bertukar wajah jadi apa trunggu lagi jom lah melayarinya.....Sempena bulan Ramadhan yang ditunggu- tunggu yang mana bulan memberi keberkatan, ketenagan, kemanisan dan ketaatan yang cukup mendalam bagi semua hati-hati yang menikmati bulan yang sungguh mulia ini. Indah bukan agama ini? agama yamg memberi kita pengisian yang akan membahagiakan di dunia dan akhirat. tapi yang paling best semua syaitan pada bulan ini semuanya di belenggu tetepi jangan pandang sebelah mata sahaja dalam stetment ini, sebab ada rakan kongsi syaitan iaitu nafsu tidak boleh dibelnggu melainkan orang yang telah membuat pesedian yang baik sebelum kedatangan ramadhan ini mampu membelengunya.
Sebelum bulan ramadhan ini tiba,ana telah membeli sebuah buku yang bertajuk 'beduk diketuk' oleh Pahrol Mohd Juoi. Buku ini banyak tajuk yang telah dibincangkan. Tetapi ada satu tajuk yang menarik yang ana ingin kongsikan kepada pembaca penyejukkalbu (pk), yang mana sesuai dalam situasi kita pada hari ini.
Hal Ini bermula ketika penulis berada di Jepun. seperti yang kita tahu negara Jepun merupakan negara yang kurang penduduk beragama islam. seorang penuntut warga jepun telah bertanya pada penulis mengapa umat islam membuang masa dengan mengerjakan solat? dan penulis telah menyoal semuala kepada penuntut melaysia untuk melihat repond pelajar-pelajar tersebut. pelbagai respond yang telah pelajar kemukakan , ada yang mengatakan mereka tidak pernah melihat orang bersolat 5 kali sehari kerana mereka hanya sembah tuhan mereka cuma sekali seminggu dan bermacam - macam lagi. tetapi sebenarnya warga jepun memntingkan masa sehingga meganggap bahawa solat itu membazir waktu.
Diskusi merka berlarutan sehingga seorang pelajar warga jepun berjurusan elektronik bertanya mengapa umat islam pelu solat lima hari sekali. penulis telah menerangkan bahawa alat ciptaan yang berteknologi tinggi ini perlu setip masa untuk kita dilihat dan memprogramkan semula supaya alat yang canggih ini dapat berjalan dengan lancar. begitu juga manusia tetepi manusia lebih complex. jadi perlu sentiasa dilihat dan membaiki diri sentiasa. itu lah kegunaan solat dalam kehidupan seharian umat islam.
begitulah puasa dalam kehidupan seharian manusia. puasa bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja malah dalam bulan lain juga Rasulullah juga mengajak umatnya berpuasa sunat supaya umatnya juga sentiasa membaiki dan muhasabah diri. indahkan agama islam. oleh itu SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK kepada seluruh umat islam di dunia ini.
Posted by afifah hanani at 1:21 PTG 0 comments
Jumaat, 15 Julai 2011
SYAIR BUAT SAHABAT KU
SAHABAT...
Setelah sekian lama kita berpisah. ingin ku ungkapkan sesuatu kepada kalian. Tidak dapat ku lupakan kenagan bersama kelian semua. inilah yang ku mampu ungkapkan ...
Malam dan siang mengajarkan keterikatan hati dalam pertemuan tanpa bisa bersama...
Langit dan Bumi memperlihatkan tautan cinta dalam jarak tan berbatas....
Lantas seperti apa persahabatan kita, sahabatku?
Jika ada yang menuliskan kisah kita, bagaimanakah ia mengakhirinya?...
Segala Puji Bagi ALLAH yang telah menciptakan sahabat tanpa harga,
alangkah nikmat tautan hati yang terjalin nyaris tanpa kusut,
Mengalir sempurna ibarat air dari ketinggian.
tak peduli panas atau hujan ia kan tetap mengalun sesuai dengan melodimya.tanpa noda... tanpa cela...setulus cinta_Nya...
Dengarkanlah laguku, suara isi hatiku, suara rasa rindu kunyanyikan untukmu...
Kenagan bersamamu selalu menggodaku, saat indah denganmu.
Terbayang dalam do'a, aku meminta persahabatan kita kan selamanya.....
Sahabat..
perjalanan kita masih lagi panjang. semoga kita dapat bertemu dan berkumpul bersama-sama untuk mengulang kenanagan kita bersama...
Posted by afifah hanani at 6:50 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)























