BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 25 Oktober 2012

Wasiat Imam Hassan Al Banna

Wasiat ini telah ditulis ketika dalam perucapan Imam Hassan Al Banna sebelum beliau dibunuh. Beliau telah merasakan bahawa dirinya tidak tinggal lama di muka bumi Allah ini, maka beliau telah beri wasiat yang berharga untuk semua jemaah islam. Pembunuhan beliau adalah satu tamparan yang besar bagi umat islam di Mesir waktu ketika dahulu. Akan tetapi wasiat  yang beliau tinggal  untuk kita masih lagi ada untuk kita bersemangat dalam jalan dakwah ini.

Wahai saudara- saudaraku,
Berimanlah kepada Allah dan berbanggalah dengan kepercayaan ini dan juga berpeganglah dan bersandarlah keatas nama keiman kepada Allah. maka janganlah kamu semua takut selain Allah, janganlah kamu bimbang selain kepada Allah, tunaikanlah kewajipan keatas Allah dan jauhilah laranganNya.

Berakhlaklah  dengan akhlak yang mulia, dan berpegang dengannya sebaik-baiknya. Jadilah orang yang kuat dengan akhlak kamu semua dengan apa yang Allah telah berikan hadiah kepada kamu yang telah Allah berikan kepda orang-orang mukminin dan juga orng-orang yang bertakwa dan soleh.

Hendaklah kamu semua saling ajar- mengajar mengenai al quran  dan juga sirah -sirah. dan juga saling kamu ingat -mengigati akannya. Jadilah kamu orang-orang yang beramal dan janganlah saling bergaduh.  Jika Allah telah memberi hidayah kepada sesuatu kaum, Allah akan memberi ilham kepada kaum tersebut. Sekiranya kaum tersebut sesat setelah diberi petunjuk  maka jadilah kaum yang suka bergaduh dan bertelingkah.

Berkasih sayanglah  diantara kamu, jagalah  ikatan diantara kamu , itulah adalah rahsia  kekuatan kamu, dan juga tiang kejayaan kamu. Tetapkan lah hati-hati kamu  sehingga Allah membuka hati-hati kamu dan juga kaum kamu dengan kebenaran dan Dialah sebaik - baik pembuka.

Dengarlah dan taatlah dengan ketua kamu dalam susah , senang , rajin dan benci. Dan itulah simbol pemikiran kamu dan lingkungan perhubungan diantara kamu.

Maka selepas ini dekatlah kemenagan Allah dan pertolongan Nya. Peluang ini tiada ragu lagi,(( dalam beberapa tahun lagi, bagi Allah urusan sebelum dan setelah mereka menang. dan pada hari kemenagan itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4) kerana pertolongan Allah . Dia menolong  siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang.(5)  )) {ar rum 4,5}



Ini lah wasiat yang banyak memberi kita  nasihat dan peringatan yang penting untuk  sebagai seorang muslim dan pendakwah. Tidak kiralah kita berdakwah untuk diri kita atau orang lain.Semoga Allah memberi kita petunjuk dan jalan yang terbaik seperti mana jalan orang -orang yang diberi petunjuk oleh Allah. Kita iginkan kehidupan yang bahagia dan pengakhiran kita adalah kematian sepertinya kematian mujahidin dan para syuhada dan itulah sebaik-baik nikmat dan juga nikmat kemenagan.