BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 24 Januari 2012

2012 DAN POLITIK



Assalamualikum …
Mesti sahabat-sahabat pelik kenapa entri kali ini mengenai politik. Sememangnya kehidupan kita tidak terlepas dengan perkara-perkara sebegini. Kita tidak boleh berlepas tangan sahaja atau pun tidak mengambil cakna dalam isu ini. Rasulullah sendiri mengalakkan umatnya berpolitik. Tetapi ada caranya untuk kita berpolitik. Dan semestinya mengikut syarak yang telah ditetapkan oleh Allah. Isu sekrang yang sering diperkatakan ialah isu DSAI dan YB Datok Hasan Ali.

Jika dilihat dari kedua-dua peristiwa ini ia melahirkan satu kebimbangan dalam politik orang Melayu di mana menjaga kedudukan lebih penting dari dasar sebenar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan dibuat bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang dalam percaturan politik. Jika ini berterusan maka politik orang Melayu menjanjikan masa depan yang amat gelap. Tidak hairan setelah 54 tahun merdeka nasib bangsa Melayu masih di tahap lama dengan ekonomi, pelajaran, kekayaan dikuasai oleh bangsa lain. Malang pula bila rakyat Melayu lain hanya sekadar mengikut pimpinan bermain politik. Orang Melayu malas mahu mencari ilmu dan berfikir tetapi lebih kepada mengikut sentimen yang ada.
Dalam keadaan ini maka tidak sukar untuk membayangkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikkan.




Kelibat muslimat PAS dalam meraikan kemenangan DSAI juga telah menjadi buah mulut orang ramai. Gaya, suara dan kata-kata yang dilontarkan semasa Perhimpunan 901 dilihat amat tidak cocok dengan keperibadian wanita Islam. Ada yang mengatakan ia tidak syarie.
Namun bagi saya, saya masih melihat itu sesuatu yang dibuat tanpa dirancang dan tanpa disengajakan tetapi lebih kepada memperlihatkan akan kebencian yang amat sangat pengikut PAS terhadap kemungkaran yang dibuat oleh UMNO. Ertinya asalkan UMNO jatuh maka apa saja akan sanggup dilakukan. Saya berharap ia tidak sampai ke peringkat di mana umat Islam di negara ini sanggup membakar diri sendiri seperti mana yang berlaku pada kebangkitan di negara-negara Arab.
Umat Islam kena faham suasana negara tidak sama sesekali dengan tanah Arab. Umat Islam harus melihat krisis orang Melayu jauh lebih besar dari krisis politik tetapi meliputi soal-soal yang lebih fundamental seperti soal aqidah. Kajian telah dibuat di mana 70% dari pelajar sekolah menengah tidak menunaikan solat 5 waktu secara penuh.

- Adakah berbaloi kita berbalah ketika anak-anak kita masih mencari-cari jawapan terhadap persoalan hidup?

- Adakah sesuatu yang cerdik ketika kita berbalah, orang lain terus meneruskan misi mendapatkan tuntutan mereka dengan lebih berani dan agresif?

- Adakah sanggup diri kita dipermainkan bangsa lain yg bertopengkan Human Rights dan kesamarataan termasuk dalam soal-soal agama?

Orang Melayu harus benar-benar merenungi perkara ini supaya kita bertindak dan membuat keputusan bersandarkan hujah syarak dan kebenaran yang kuat bukan sekadar emosi dan kehendak orang lain. (keratan artikel ismaweb .net)

Oleh itu marilah kita sama-sama membuka mata dan mecelikkan minda kita apa yang berlaku hari ini. Malaysiaku syurgaku…….

0 comments: