BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Mei 2011

PAGI!
Inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga
sebagai persedian untuk menempuhi hari baru
dan menyempurnakan amanah sebagai hamba Allah dan KhalifahNya
Dapatkan tenaga yang anda pelukan daripada semankuk
bijirin TAHAJJUD KRUNCH yang penuh kebaikan!
TAHAJJUD KRUNCH bukan sahaja lazat !
Ia juga mengandungi nutrien penting demi menempuh hari yang gemilang!
TAHAJJUD KRUNCH diperbuat daripada bijirin keikhlasan,
kemanisan tawakkal pada yang maha kuasa, kesucian air mata keinsafan,
keenakan ramuan taqwa , dan hiasan sebuah pengorbanan.
Ramuan-ramuan ini membekalkan ketabahan dan kekuatan
demi hari baru dengan penuh inspirasi kerana hakikat sekolah kehidupan
memang penuh onak duri, kerana jalannya licin dan berlumut,
basah dan berselut, kerana disini tiada perhentian buat berehat,
kerana dunia bukan tempat melepaskan penat........
Maka Khalifah bistari yang berjuang demi bahagia di kampung abadi
amat memerlukan vitamin dan mineral ketabahan dan kesabaran..
Bijiran TAHAJJUD KRUNCH mengandungi bukan satu, malah
pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan
tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari !
Kalsium TAHAJJUD KRUNCH membantu membina tulang yang kuat
demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan ketabahan
Semangkuk TAHAJJUD KRUNCH setiap hari, dengan secawan air mata
keinsafan dan ketenangan mengigati Tuhan, membekalkan “kalsium harian”
yang anda perlukan!
Anda pasti tersenyum tenang !
Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi
episode suka duka..
Kerana syurga telalu mahal untuk orang hidup sambil lewa di dunia,
apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara.
Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah..
Walaupun sukar dan perit , janji hamba yang taat dan
menguruskan dunia ini dengan keimanan harus tetap ditunaikan.
Biar rebah tersungkur,
biar luka berdarah ,kita harus teruskan ,
Ramai orang hanya mengerti untuk meminta agr di permudahkan
jalan apabila diuji. Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa
dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dan cabaran?
Mengapa kita lupa kepada tahajjud? Bersihkan diri dari noda,
dekatkan diri dengan pencipta, InsyaAllah, Allah anugrah yang lebih besar
daripada yang diberi buat mereka yang sempat meminta.
TAHAJJUD sungguh Ia satu anugrah ! ia penghibur.
Penawar duka kepada siapa lagi yang harus kita adukan
suka atau duka ketawa derita? Kepada siapa lagi kalau bukan
Pencipta Raja Sekalian Alam! Hanya dengan menjadi
Allah sebagai Inspirasi, kita akan perolih ketenangan sejati.
TAHAJJUD sungguh! Ia bekal sebuah ketabahan.

Sabtu, 7 Mei 2011

musafir ke bumi kenyalang ...

Assalamualaikum ..
sebelum itu ana ingin mengucapakn selamat hari pekerja kepada seluruh para perkerja di Malaysia ini. pada 30hb April baru-baru ne ana n keluarga tlh mengikuti satu rombogan Sekolah Tengku Laksmana Nasir Seri Menanati ke bumi Serawak. menarikan? ini lah kali pertama ana menjejakkan kaki ini kebumi tersebut dan pertama kali ana menaiki kapal terbang Airasia. inilah waktu yang ana tunggu-tunggu selama ini ..

macam-macam tempat yang ana pergi, Pasar Serikin, Taman Orang Utan Semenggoh, waterfront. naik river cruses dan macam-macam lagi. ini masa yang paling baik untuk melihat ciptaan Allah yang maha berkuase ini... Allahu Akbar!!!

nak tengok lebih dekat lagi ini foto2 yang ana sempat di rakamkan.. jom tengok ...


inilah kapal terbang yang ana dan keliuarge naiki

sudah tiba ke serawak


dekat taman orang utan

tiba di pasar serikin jumpe pula mak long,paklong, atuk dan pak ngah..

ini pula anak mak long abanglong dan abang uda..
seronok juge tibe-tibe jumpe family dekat sini..
ini pula di taman kebudayaan
ini pula di taman sahabat
makanan di serawak pula
waktu nak blk.. itu sahajalah dari ana..assalamualikum