BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 6 April 2011

KISAH WARTAWAN YANG MENYAMAR SEBAGAI MUSLIM


Sungguh, jika Allah Maha Pengasih ingin memberi hidayah kepada hamba-Nya, pasti terdapat 1001 cara Dia memandu hati seseorang kearah itu. Kisah seorang wartawan sebuah akhbar di luar negara ini benar-benar menyentuh perasaan. Dia mula berasa senang dan beranggapan positif tentang islam setelah menyamar sebagai seorang muslim dan merasai pengalaman yang cukup bermakna itu.

Suatu hari, Kuokanen mengenakan pakaian abaya hitam yang menutupi seluruh tubuhnya. Malah dia mengenakan penutup wajah seperti pakaian wanita islam arab. Dia sengaja menyamar menjadi perempuan muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim yang lengkap di tengah masyarakat Finlandia yang masih asing dengan agama islam dan bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekitarnya.

Namun, pengalaman yang dirasai benar-benar berbeza dari tanggapannya. Pada situasi petamanya ketika dia terlanggar seorang lelaki, lelaki tersebut membuat gerakkan tangan meminta maaf secara acuh tak acuh sahaja. Tetapi, setelah lelaki tersebut menoleh dan melihat Kuokanen yang berpakaian begitu, dia membongkok sedikit lalu memohon maaf dengan penuh rasa hormat.

Manakala ketika berjalan-jalan, wanita-wanita muslim mengucapkan ‘Assalamualikum’ kepadanya. Ketika itu dia tidak mengerti apa erti ucapan itu, sampai dia akhirnya tahu bahawa ucapan itu adalah berupa doa kesejahteraan dan keselamatan. Betapa dirinya rasa sungguh damai diberi ucapan begitu. Selama perjalanan, wartawan itu merenung pengalamanya sepanjang hari, atas reaksi semua orang terhadap abaya dan purdah yang dikenakan.

Dia mula merasakan sendiri bahawa menutup aurat dengan berpakaian sebegitu tidaklah seburuk orang lain fakirkan. Dia pun tanpa ragu-ragu menegaskan pemakaian yang disuruh dalam islam adalah sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian. Jadi kenapa kita sebagai orang islam sendiri tidak ingin merasa indahnya menutup aurat? Moga hidayah datang menyinari hati kita yang masih tertutup. Wassalam

0 comments: